ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Dipenjara 11 bulan gara-gara curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki harta curi iaitu dua buah motosikal, Februari lalu.

Mohamad Jalil Sidek Bakar, 30, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama kerana menyimpan harta curi sebuah motosikal jenama Yamaha Lagenda milik seorang wanita berusia 57 tahun.

Manakala, pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958, kerana memiliki sebuah motosikal curi jenis Demak tanpa alasan munasabah.

Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukannya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Matang, sekitar jam 9 pagi, 29 Februari lalu.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,