Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Dipenjara 15 bulan kerana tetak adik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 1 menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 1 menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

KUCHING: Seorang buruh lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana mencederakan adik lelakinya dengan menetak mangsa menggunakan parang berkarat.

Tertuduh Doflin, 27, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun Keseksaan, yang dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan.

Maris memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 23 tahun menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Jalan Sungai Apong, kira-kira jam 10.45 malam, 14 November lepas.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, berlaku pertengkaran antara dua orang abang pengadu di luar rumah saudara mereka berpunca daripada kisah lampau.

Akibat pertengkaran tersebut, tertuduh masuk kedalam rumah mengambil sebilah parang lalu menghayunkan kepada mangsa tetapi sempat dielak dengan cara menolak tertuduh.

Tertuduh yang terjatuh, bangun semula cuba menetak mangsa lalu terkena lengan bahagian kiri mangsa.

Difahamkan, semasa kejadian tertuduh di bawah pengaruh alkohol.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News

Untung anjur Sukma

KALI pertama Sukan Malaysia dipertandingkan di Sarawak pada 1990, iaitu