ARTIKEL

Dipenjara 7 bulan curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memiliki harta curi sebuah motosikal jenis Yamaha.

Tertuduh Zambri Bujang, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki harta curi sebuah motosikal milik seorang juruwang lelaki berusia 20 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paroh, Jalan Matang-Batu Kawa, kira-kira jam 8.20 pagi, 8 April 2022.

Menurut fakta kes, pada 13 Mac 2022, sekitar jam 3.30 pagi, pengadu dan rakannya berada di kaunter kedai telah didatangi dua orang lelaki yang tidak dikenali mengacukan tukul dan batang besi ke arah pengadu sambil mengarahkan rakannya membuka mesin wang lalu mengambil wang dalam mesin terbabit.

Selain itu, tertuduh juga mengambil dua beg sandang milik pengadu dan rakan pengadu serta mengambil dua buah telefon bimbit.

Semasa keluar dari kedai terbabit, tertuduh telah melarikan motosikal milik pengadu.

Pndakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit