NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Dipenjara 8 bulan curi peti sejuk hotel

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Padah curi peti sejuk mini sebuah hotel mewah, seorang pemuda tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Alan Liu Soon Rong, 27, berasal dari Sibu mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kehilangan peti sejuk pada 13 Januari lepas, sekitar 2.30 petang, dia mendapati tertuduh memasuki kawasan ruang pemuatan hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman itu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru