NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Dipenjara dua tahun kerana seludup migran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Tertuduh Chan Chin Ying (baju hitam) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di Kuching, hari ini.

KUCHING: Dua lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana menyeludup warga asing ke negara ini.

Tertuduh Chan Chin Ying, 37, dan Even Walter Melin, 26, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Mengikut pertuduhan, Chin Ying bekerja sebagai jurukimpal didakwa mengangkut 10 migran warga Indonesia menggunakan sebuah kereta sedan di Jalan Serian Tebedu, sekitar jam 11.50 malam, 26 September lepas.

Tertuduh Chan Chin Ying (baju hitam) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di Kuching, hari ini.

Manakala, Even bekerja sebagai buruh didakwa mengangkut enam orang migran warga Indonesia menggunakan sebuah kereta MPV jenis Produa Alza di sekitar kawasan San Demam, Lubok Antu, kira-kira jam 5 petang, pada 28 September lepas.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya.

Datuk Zaleha membenarkan tertuduh Chin Ying menjalani hukuman penjara di Sibu, manakala Even menjalani hukuman penjara di Sri Aman atas permintaan kedua-dua tertuduh.

Baca lain  Padah cuba curi telefon pintar
Tertuduh Even Walter Melin dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi oleh anggota polis.

Menurut fakta kes, kesemua migran itu masuk ke negara ini melalui seorang agen dari negara mereka yang disuruh menunggu di jalan tikus dan kenderaan tertuduh membawa mereka masuk ke negara ini.

Sementara itu, pihak polis berjaya menahan sebuah kenderaan MPV semasa rondaan cegah jenayah di Lubok Antu sekitar jam 5 petang, 28 September lalu, di Jalan Sri Aman dalam keadaan mencurigakan.

Hasil siasatan, mendapati pemandu MPV tersebut (Even) membawa enam orang warga indonesia masuk ke dalam negara ini melalui jalan tikus.

Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia turut mendedahkan tiada rekod kemasukan terbaharu ke Malaysia bagi setiap migran untuk kedua-dua kes terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru