ARTIKEL

Dipenjara empat bulan, tinggal lebih masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana tinggal lebih masa selepas pas lawatan sosial tampat tempoh.

Tertuduh Rudi Hendra, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis makanan di Tapah, Jalan Kuching-Serian, kira-kira jam 7.20 petang, 9 Disember lalu.

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen 3 di sini, hari ini.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan telah menahan tertuduh di sebuah premis makan.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh telah masuk ke negara ini melalui pintu masuk Biawak dan diberikan pas lawatan sosial pada 11 September lalu sehingga 10 Oktober lepas.

Selain itu, tertuduh tanpa alasan munasabah didapati tinggal di negeri ini selama 70 hari selepas tamat tempoh pas tersebut sehingga tarikh tangkap pada 9 Disember lalu.

Pendakwaan kes Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis Miri giat buru suspek kes pecah rumah

MIRI: Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Lot 13 Kuarters Kerajaan, Rumah Kenyalang, Jalan

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta