KUCHING: Seorang warga asing yang cuba mencabul seorang jururawat di wad perubatan HUS tahun lalu dikenakan enam bulan penjara semalam.
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mengarahkan lelaki warga asing dikenali sebagai Kusno dikenakan hukuman berkenaan berjalan dari tarikh ditangkap pada 18 Ogos lalu.
Kusno, 51, didakwa menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang jururawat wanita berusia 22 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada jam 8 malam di wad perubatan 5, HUS pada 9 Ogos lalu.
Menurut fakta kes, pada 9 Ogos lalu jam kira-kira 8 malam ketika menyediakan ubat untuk pesakit di bahagian Cubicle 3 dan 4 (injection trolley) seorang pesakit lelaki (warga Indonesia) yang sedang menerima rawatan di wad berkenaan telah mendekati mangsa meminta sesuatu.
“Apabila mangsa bertanya apa yang dia mahu, tertuduh mengulangi bahawa dia meminta itu sambil tangannya menyentuh bahagian kemaluan mangsa.
“Terkejut dengan permintaan tertuduh, mangsa melarikan diri menuju ke arah rakan sekerjanya yang berada di wad sebelah.
Melihat mangsa lari, tertuduh kemudiannya balik semula ke katilnya di wad itu.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwaan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my