HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Dipenjara satu tahun pukul kepala bapa kandung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pukul bapa… tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

KUCHING: Gara-gara tertekan dikongkong, seorang pemuda tergamak memukul kepala bapa kandung menggunakan rokok elektronik hingga menyebabkan kecederaan luka parah di kepala.

Tertuduh yang berusia 24 tahun akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun yang sama di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Jalan Matang, kira-kira jam 6.30 pagi, 9 Februari lepas.

Pukul bapa… tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun  atau denda atau sebat atau mana-mana berkaitan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 9 Februari lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa berusia 55 tahun melihat tertuduh memukul abangnya di dalam bilik.

Mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun tertuduh bertindak memukul bapanya menggunakan rokok elektronik sehingga menyebabkan kecederaan luka parah di kepala.

Kejadian mengamuk terbabit sering berlaku tetapi tidak dilaporkan sehinggalah mangsa tampil membuat laporan polis pada 9 Februari lalu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tertuduh akhirnya berjaya ditangkap pihak polis pada hari yang sama dan seunit rokok elektronik yang digunakan tertuduh memukul bapanya turut dirampas.

Difahamkan, tertuduh mengaku memukul berbuat demikian kerana tertekan dengan mangsa yang terlalu mengongkongnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang