ARTIKEL

Dipenjara setahun kerana cabul isteri orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara mencabul isteri orang di dalam sebuah tandas balai raya ketika majlis penutupan sambutan Hari Gawai, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Sukre Abdullah, 47, bekerja sebagai pemandu lori mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa wanita berusia 47 tahun dengan meraba buah dada dan memaksa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dalam satu kejadian di sebuah tandas balai raya sebuah kampung di Lundu, kira-kira jam 3.26 pagi, 18 Jun lalu.

Zaiton memerintahkan tertuduh mula menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 18 Jun lepas.

Ketika kejadian juga, tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol.

Selain daripada itu, laporan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami cedera ringan akibat kejadian tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran

BERITA LAIN

BERITA TERBARU