Disaman merayau-rayau jam tiga pagi

SIBU: Tiga wanita di sini masing-masing dikompaun RM1,000 kerana didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga wanita berusia antara 26 hingga 34 tahun itu ditangkap oleh unit kenderaan peronda di Jalan Market sekitar jam 3.20 pagi.

“Ketiga-tiga wanita itu ditemui merayau-rayau di bandar ini dan tidak dapat memberikan alasan munasabah setelah didapati masih berada di luar ketika penguatkuasaan PKP sedang dilaksanakan pada waktu itu,” kata beliau.

Stanley menambah, ketigatiga wanita itu kemudian dibawa ke balai polis bagi pengeluaran kompaun di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit (No.3) 2021 (Akta 342) 1988.

“Ketiga-tiga subjek terbabit telah diberi notis kompaun bernilai RM1,000 dan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu,” ujar beliau.