Trending

Disebabkan sebuah dron, penjawat awam kerugian RM31,100

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerana sebuah dron berharga RM550, seorang penjawat awam di Miri mengalami kerugian sebanyak RM31,100 akibat ditipu oleh penjual dron berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Maria Rasid berkata mangsa tampil membuat laporan polis semalam, setelah menyedari dirinya ditipu oleh penjual dron berkenaan.

Katanya berdasarkan keterangan mangsa, pada 26 Julai lalu, dia telah tertarik dan berminat untuk membeli dron DJI Mini 2 yang ditawarkan dengan harga RM550 oleh seorang pemilik Instagram BM_ELEKTRONIK7.

“Mangsa kemudian diarahkan oleh suspek untuk membuat beberapa bayaran seperti bayaran harga dron, wang jaminan dan bayaran pelepasan Kastam yang berjumlah RM31,100 antara 26 sehingga 28 Julai.

“Bayaran dibuat ke lima akaun individu berlainan melalui 10 kali transaksi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Maria menambah mangsa turut diyakinkan oleh suspek bahawa wang berkenaan akan dikembalikan kepadanya selepas itu.

Katanya mangsa menyedari telah ditipu setelah penjual dron itu tidak dapat lagi dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Maria Rasid

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru