Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Diskaun 50 peratus sewa skim HDC diteruskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) diteruskan sehingga Jun tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Beliau merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata kos keseluruhan diskaun di bawah inisiatif dalam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) itu dianggarkan melebihi RM2.6 juta.

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kui Hian berkata untuk pertanyaan lanjut, penyewa-penyewa di bawah skim HDC boleh menghubungi ibu pejabat HDC di talian 082-444381.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk