Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Diskaun 50 peratus untuk saman trafik 5 hingga 9 April ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak akan mengadakan pengurangan saman 50 peratus bagi negeri ini.

Ketua JSPT Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata tempoh diskaun akan bermula 5 hingga 9 April ini sempena sambutan Hari Polis Ke-214.

Justeru, katanya mana-mana individu yang hendak membuat pembayaran saman boleh datang ke Cawangan Trafik COPS di daerah berdekatan untuk membuat semakan.

“Semakan boleh dibuat melalui nombor kenderaan atau nombor kad pengenalan di kaunter.

“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Alexson berkata saman-saman yang tidak layak mendapat diskaun adalah seperti saman kemalangan tahun 2020 dan 2021 serta saman status ‘No Compound’ (NC) tahun 2018 hingga 2021.

Selain itu, katanya saman status waran tangkap tahun 2020 dan 2021, saman status bicara mahkamah, saman kesalahan berkaitan lori dan saman memotong secara bahaya/ potong barisan tahun 2020 dan 2021.

Beliau menambah ia termasuk saman menggunakan lorong kecemasan tahun 2020 dan 2021, saman jalan semasa lampu isyarat merah tahun 2020 dan 2021, saman memotong di garisan berkembar tahun 2020 dan 2021 serta saman berkaitan ubah suai ekzos yang dikeluarkan bermula 1 Mac lalu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru