ARTIKEL

Ditahan di padang ragbi, lelaki tempatan mengaku bersalah miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 0.10 gram Methamphetamine ketika ditahan di sebuah padang ragbi, September tahun lalu.

Azman Husaini, 39, dari Senai, Johor mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.10 gram di tempat duduk penonton Padang Ragbi Padungan, kira-kira jam 10.30 pagi, 14 September 2023.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang sedang berada di tempat duduk di sebuah padang ragbi dalam keadaan mencurigakan serta dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan terhadap tertuduh, pihak polis menjumpai satu paket lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal dalam dompet yang diserahkan oleh tertuduh sendiri.

Barang kes kemudian di bawa ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan ia merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.10 gram.

Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke