Ditahan kerana komen ugutan bunuh di Facebook

KUCHING: Pemilik akaun Facebook ‘Alexis Imang’ yang menulis komen ugutan bunuh terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak semalam telah ditahan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Idmail ketika dihubungi Suara Sarawak sekitar jam 10.40 pagi tadi mengesahkan suspek telah ditangkap di Kota Samarahan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati subjek merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Autism dan di bawah umur.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM),” katanya lanjut.

Tambahnya suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah kenyataannya diambil.

Suara Sarawak