ARTIKEL

Ditawar berperang di Ukraine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin berkata anggota syarikat tentera swasta Rusia, Wagner dibenarkan terus bertempur di Ukraine di bawah pemerintahan sendiri walaupun pernah melakukan pemberontakan terhadap kepimpinan Moscow, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

“Ramai anggota yang bersetuju apabila saya berkata demikian,” kata Putin kepada akhbar Kommersant edisi Jumaat berkenaan pertemuannya dengan pasukan yang diketuai Yevgeny Prigozhin, di Kremlin baru-baru ini.

Tetapi Prigozhin menolak tawaran itu, kata Putin.

Tentera upahan itu yang bertempur bersama Tentera Rusia selama berbulan-bulan dalam pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, mendapat perhatian terutama semasa pertempuran sengit di sekitar bandar timur Bakhmut.

Bagaimanapun, pada akhir Jun, selepas tentera Rusia didakwa menyerang kem Wagner, Prigozhin menduduki bandar Rostov-on-Don Rusia dan membawa pasukan tenteranya berarak ke arah Moscow.

Kemudian, Prigozhin mengarahkan pengunduran selepas berunding dengan Kremlin hasil bantuan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko yang bertindak selaku orang tengah.

Ketika itu, Putin menyifatkan pemberontakan berkenaan sebagai pengkhianatan.

Kedudukan pasukan Wagner yang berperang di Ukraine belum diketahui setakat ini.

Putin juga secara tidak langsung mengakui bahawa kepimpinan Rusia turut bergantung pada organisasi ketenteraan swasta yang beroperasi di luar skop undangundang Rusia.

“Kami tidak mempunyai undang-undang mengenai organisasi tentera swasta… Kumpulan itu wujud, tetapi tidak sah,” kata pemimpin Kremlin itu. – Bernama-dpa

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC