ARTIKEL

Ditawar gaji RM1 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AL-HILAL dilapor menawarkan Kylian Mbappe gaji lumayan 200 juta euro (RM1.01 bilion) setahun, sekitar RM83 juta sebulan.

Mbappe, 24, kini bertelagah tentang kontraknya di Paris SaintGermain (PSG) menyebabkannya diketepikan daripada jelajah pramusim ke Jepun dan Korea Selatan.

Kontraknya hingga musim panas 2024 tetapi hingga kini beliau enggan menandatangani kontrak lanjutan di PSG.

Laporan mengaitkannya untuk menyertai gergasi Sepanyol, ke Real Madrid.

Ia menyebabkan pemilik PSG menegaskan dia mesti dijual jika tidak bersetuju dengan perjanjian baharu, dengan kelab itu sedia menerima kurang daripada £155 juta (RM909 juta) yang mereka bayar kepada AS Monaco untuk mengikatnya pada tahun 2017 bagi mengelak pemergiannya secara percuma.

Menurut wartawan Itali, Tancredi Palmeri, Al-Hilal, satu daripada empat kelab Liga Pro Saudi yang dimiliki Dana Pelaburan Awam, sudah membuat tawaran mega.

Beliau mendakwa mereka menawarkan pemain itu gaji RM1.01 bilion setahun dengan kontrak dua tahun, juga mungkin termasuk klausa pelepasan selepas tahun pertama dia dijual khusus ke Real Madrid.

Laporan itu turut menyebut mereka akan membayar RM1.01 bilion yuran perpindahan kepada PSG, yang mungkin memuaskan hati kelab Paris itu untuk melepaskannya.

Mbappe yang dilaporkan sedia menghabiskan musim depan untuk memaksa perpindahan ke Real secara percuma pada musim panas akan datang.

Beliau tidak berminat untuk bermain di Arab Saudi tetapi jika Los Blancos gagal membayar yuran perpindahan tahun ini, tawaran Al-Hilal dianggap jalan penyelesaian.

Dia sudah lama dikaitkan dengan Real, namun memutuskan untuk menandatangani kontrak baharu bernilai £650,000 (RM3.8 juta) seminggu bersama PSG dan tidak menyertai mereka tahun lalu.

Sejak itu, banyak perkara negatif berlaku di Paris.

Beliau mengecam pemimpin kelab dan mengancam untuk meninggalkan kelab secara percuma sebaik kontraknya tamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan