ARTIKEL

Ditipu iklan FB jual Toyota Alphard 2.5 berharga RM60,000, warga emas rugi RM17,220

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warga emas yang ingin memiliki sebuah kereta mewah kempunan apabila dia terjerat oleh penipuan dalam talian sehingga mengakibatkannya mengalami kerugian sebanyak RM17,220.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, dalam satu kenyataan hari ini, memberitahu pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu semalam.

“Pada 17 Jun, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan yang merupakan seorang mekanik kapal dalam lingkungan usia 70-an yang mendakwa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM17,220 selepas terpedaya dengan urusan pembelian secara dalam talian.

“Mangsa pada 7 Jun lalu telah berminat dan tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan jualan kenderaan lalu bersetuju untuk membeli sebuah kereta jenis Toyota Alphard 2.5 dengan harga RM60,000,” katanya.

Menurut Zulkipli, mangsa kemudian telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan diri dengan nama ‘Sam Low’.

“Suspek memaklumkan, bagi mempercepatkan urusan pembelian, mangsa dikehendaki untuk membuat beberapa transaksi bayaran ke dalam akaun yang akan diberikan oleh suspek,” jelasnya.

Menurutnya lagi, mangsa telah memasukkan wang pembayaran bermula dari 8 Jun hingga 15 Jun lalu menerusi lima transaksi berjumlah RM17,220 ke dalam dua akaun tempatan yang berlainan.

Setelah pembayaran berjaya dibuat, katanya, suspek mengarahkan mangsa sekali lagi untuk membuat bayaran sebanyak RM3,500.

“Mangsa berasa curiga dan sedar diri telah menjadi mangsa penipuan dalam talian lalu membuat laporan polis.

“Sejurus menerima laporan daripada mangsa, kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sementara itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan hanya melakukan transaksi pembelian ‘online’ melalui platform jualan yang sah bagi memastikan hak mereka sebagai pembeli sentiasa dilindungi.

“Jangan mudah membuat pembayaran ke dalam akaun bank atas nama individu yang berlainan daripada penjual.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP@JSJKPDRM,” jelasnya.

Orang ramai juga, tegasnya, boleh semak pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

BERITA TERBARU