Ditipu ketika mahu beli rumah

SIBU: Hasrat seorang wanita berusia 52 tahun untuk memiliki rumah sendiri tidak kesampaian setelah ditipu dalam proses pembelian rumah.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pada September 2018 mangsa yang merupakan seorang kerani di sini telah berjumpa dengan broker yang menawarkan rumah untuk dijual di Taman Jerrwit.

“Mangsa dimaklumkan oleh suspek dia dapat membantu memproses permohonannya jika dia berminat. Tetapi dia harus membayar deposit sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Oktober dalam tahun yang sama jelas beliau, mangsa menghubungi suspek dan menyuarakan minatnya untuk menempah rumah yang kononnya masih dalam pembinaan itu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mei 2021

Suara Sarawak