ARTIKEL

Ditipu untuk jadi penipu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PENGARAH Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli ketika mengunjungi Yang diPertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri mendedahkan sindiket penipuan pekerjaan dalam kalangan rakyat Sarawak amat membimbangkan kerana berada di tangga teratas dalam carta statistik di Malaysia.

Pada Februari 2019, Sarawak pernah gempar dengan kes menimpa 40 anak Sarawak yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Kerajaan Sarawak pada masa itu mengadakan rundingan sehingga mereka dapat kembali dengan selamat.

Akhbar kami juga menghantar wartawan ke sana untuk membuat liputan. Dan, pada November 2023, 16 mangsa dari Sarawak juga berjaya diselamatkan.

Sik jerak-jerak (masih tidak serik), kata orang Sarawak.

Mengapa selepas berkali-kali kes yang sama, ramai masih tertipu?

Semuanya kerana tergoda dengan gaji lumayan yang dijanjikan.

Semalam, wartawan kami menemu bual seorang individu yang hampir terjerat dengan tawaran bekerja di luar negara.

Katanya, kesukaran mencari pekerjaan selepas COVID-19 membuatnya setiap hari meninjau peluang pekerjaan di media sosial.

“Saya tertarik dengan satu iklan yang menawarkan gaji lumayan.

Saya terus layari dan mata tertumpu pada tawaran bahawa saya tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk keluar negara.

“Saya hampir terpedaya malah sudah membuat persediaan untuk pasport.

Saya mula beranganangan kerja cuma dua tahun, kemudian balik dengan duit yang banyak,” katanya.

Namun, ibunya jatuh sakit ketika mahu berangkat, sekali gus membatalkan niatnya untuk ke sana.

Baca lain  Ketahui kaedah kenal pasti ketulenan emas

Dia lebih memilih menjaga ibunya.

“Dalam seminggu saya berasa sangat tertekan memikirkan gaji lumayan, pada masa sama saya kasihan dengan ibu saya yang sakit.

Selepas sebulan, seorang rakan menelefon dan bertanya, apakah pautan tawaran perkataan yang saya isi masih ada?

“Katanya, nasib baik saya tidak pergi kerana itu sindiket penipuan pekerjaan. Saya cuba layari lagi pautan itu, tetapi tiada dalam sesawang.

Saya yakin, jika ibu saya tidak sakit, saya menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Dalam pada itu, masih ramai yang terpedaya dengan tawaran lumayan di luar negara meskipun mengetahui sesetengah negara yang menawarkan pekerjaan merupakan negara yang lebih mundur berbanding negara kita.

Persoalan yang masih melekat di fikiran kita, mengapa begitu mudah ditipu?

Malah Sarawak mencatat jumlah mangsa penipuan tertinggi sedangkan setiap kali ada kes, Kerajaan Sarawak akan menghulurkan bantuan, belum lagi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan serta NGO untuk membawa pulang mangsa.

Semakin banyak pendedahan penipuan, semakin ramai pula yang tertipu terutamanya pemburu pekerjaan dari luar bandar Sarawak.

Sedangkan sudah banyak pendedahan dibuat di laman sosial kerajaan memaparkan perkongsian dengan mangsa yang terselamat bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. Ikut logik akal, mengapa mudah terpedaya dengan dengan pakej yang ditawarkan?

Apalagi dengan alasan ejen akan menanggung semua urusan dokumentasi, penerbangan, penginapan dan pengangkutan.

Apabila sindiket sudah mengawal mangsa melalui media sosial, ia tidak lagi akan terlepas daripada genggaman mereka sebaliknya sindiket akan memastikan mangsa sampai ke negara yang dijanjikan.

Baca lain  Wanita penjual karipap

Sindiket juga menggunakan cara paling licik dengan menjanjikan kebebasan mangsa mencari duit berganda apabila sampai ke sana malah menjanjikan komisen lumayan jika berjaya mempelawa rakan-rakan senegara.

Kebanyakan tawaran yang datang daripada rakan sendiri menjadi mangsa atas faktor kepercayaan.

Biasanya rakan yang memberi tawaran akan bercerita mengenai kemewahan sepanjang berada di luar negara dan atas faktor kepercayaan juga, mereka sukarela terbang ke sana.

Sama dengan kisah pasangan suami isteri yang ditemu bual wartawan kami tahun lalu apabila mereka menerima tawaran pekerjaan di China.

Pasangan ini bukan ditipu tetapi sukarela untuk bekerja di sana tetapi bukan kerja menipu.

Isterinya kembali ke Sarawak kerana mengandung meninggalkan suaminya di sana masih bekerja sebagai tukang tipu.

“Kami disuruh menipu sekurang-kurangnya dua orang seminggu.

Kami diberi skrip, cara mengawal mangsa dan komisen yang tinggi jika berjaya menipu,” katanya.

Waktu temu bual itu tahun lepas dan tidak pasti sekarang sama ada suami wanita ini masih di sana.

Kerajaan memperketatkan undang-undang untuk mengelak lebih ramai rakyat Malaysia terpedaya dengan helah sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang menjadikan medium sosial sebagai platform untuk mencari mangsa.

Rakyat harus lebih peka kerana sindiket kini semakin aktif menipu dengan berselindung di beberapa negara termasuk Myanmar. Malah, rasanya ramai juga yang perasan akan iklan pekerjaan secara separuh masa dengan syarat aktif di mana-mana media sosial.

Baca lain  Sasterawan menjulang wibawa bangsa

Kes penipuan pekerjaan ini bermula daripada kecuaian mangsa itu sendiri dan rakyat di Sarawak supaya tidak mudah menerima tawaran pekerjaan yang bergaji lumayan terutama melalui media sosial seolah-olah tidak dijadikan pengajaran apabila kes berkenaan terus meningkat.

Bak kata Fenny Nuli sendiri, bekerja di luar negara tidak semanis seperti yang orang jangka, budaya kerja luar pesisir merupakan salah satu faktor yang menarik perhatian orang Sarawak untuk bekerja di luar negeri.

“Rakyat inginkan gaji besar tapi apabila dikira kos melibatkan tambang balik semula ke Malaysia seperti kadar gaji yang diiklankan di dalam Telegram sekitar USD1,000 tidak mencukupi.

“Tawaran ada di Peru sedangkan rakyat negara itu sendiri banyak yang tidak bekerja dan bekerja di negara lain.

Mengapa pula kita dari Sarawak perlu terima tawaran tersebut?” soalnya.

Fakta logik sebegini perlu ditanam dalam minda anak muda kerana kebanyakan mangsa dalam kalangan umur 19 hingga 20-an — usia yang teruja untuk mengaut duit banyak.

Anak Sarawak sepatutnya sedar negeri ini mempunyai banyak potensi pekerjaan dan perlu memanfaatkan peluang yang ada dengan memilih pekerjaan sesuai dengan kelayakan akademik.

Jangan memilih pekerjaan, mulakan dari bawah dan tidak perlu mengimpikan terus mendapat gaji besar.

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,