ARTIKEL

Dividen interim ASSAR 2.5 sen seunit dengan agihan RM11.71 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Langkah penstrukturan semula yang berjaya membolehkan pengagihan dividen interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) sebanyak 2.5 sen seunit bagi Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pengagihan julung kali pasca
penstrukturan semula itu akan melibatkan pengagihan sebanyak RM11.71 juta kepada 57,613 pelabur, berdasarkan baki pegangan unit pada 31 Disember 2023.

“Alhamdulillah, langkah penstrukturan semula yang berjaya disempurnakan pada 21 Oktober 2022 telah mula membuahkan hasil.

“Buktinya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit ASSAR telah meningkat secara konsisten kepada RM1.0854 pada 31 Disember 2023, menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.54 peratus sejak penstrukturannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Dividen Interim ASSAR Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, jumlah pendapatan kasar yang dijana bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2024 ialah RM15.59 juta, dengan 49 peratus atau RM7.59 juta adalah pendapatan faedah sekuriti berpendapatan tetap,manakala 33 peratus atau RM5.14 juta merupakan keuntungan daripada penjualan ekuiti atau saham.

“Selebihnya iaitu 18 peratus atau RM2.86 juta merupakan pendapatan dividen daripada pegangan ekuiti, pendapatan faedah daripada instrumen pasaran wang dan keuntungan modal daripada penjualan sekuriti pendapatan tetap,” ujarnya

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta