Di samping kesibukan tugas sebagai penyampai radio ERA Sarawak, Dhirah Saini buka perniagaan Aek Kaut di Kota Samarahan.
Dhirah, 22, atau nama sebenarnya Nashatul Nadhirah Saini menjual air jenamanya sendiri di Desa Ilmu, Kota Samarahan yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 4 petang.
Menurut Dhirah dia memilih untuk membuka perniagaan ini atas nasihat rakan-rakan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan makanan.
“Saya pilih perniagaan ini kerana ia mudah, masa beroperasi juga sesuai dengan masa saya, selepas tamat syif kerja jam 10 pagi, saya akan buka jualan di sini.
“Kenapa Aek Kaut? Sebab memang ia dikaut dari tabung air,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.