ARTIKEL

DNC sokong Nanta, tolak kemasukan Palestin ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) berdiri teguh bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mengisytiharkan pendirian untuk menyokong kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai isu kemasukan Palestin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan DNC, pendirian Nanta selaku Menteri Persekutuan dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dipandang serius walaupun ada yang berpendapat kenyataan yang dikeluarkan adalah peribadi.

“Majoriti rakyat, NGO dan parti politik mempunyai pandangan bahawa Sarawak tidak perlu menerima pelarian khususnya dari negara yang terkenal dengan keganasan, kemarahan dan kebencian.

“Kita juga bersetuju kerana ia membawa kebimbangan kepada masyarakat mengenai kemasukan pelarian Palestin ke Sarawak yang boleh menyebabkan gangguan dan polarisasi.

“Kita tidak mahu Sarawak menerima akibat daripada langkah ini nanti seperti yang berlaku di negeri jiran kita.

“Sarawak harus melihat ke arah mengutamakan kesejahteraan rakyatnya sendiri dan memastikan pembangunan mampan negeri terlebih dahulu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu tambahnya, kerajaan harus melihat dengan lebih dekat dasar semasa yang diguna pakai oleh beberapa Negara Arab yang sehingga hari ini masih enggan menerima pelarian Palestin.

“Untuk itu, kami menggesa kerajaan negeri untuk mendengar suara rakyat yang menentang keras menerima pelarian Palestin ke Sarawak. Diharap kerajaan dapat menumpukan perhatian terhadap rakyat sendiri terlebih dahulu,” ujarnya ringkas.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan