ARTIKEL

Doa bukti keimanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DOA bukan sekadar luahan lisan, tetapi ia adalah senjata paling ampuh bagi orang beriman.

Ia adalah jalan kita berkomunikasi dengan Allah SWT dan tanda kebergantungan mutlak kita kepada-Nya.

Berdoa bermakna kita mengakui kebesaran Allah, bergantung sepenuhnya kepada-Nya dan sentiasa mengingati-Nya.

Ini menjadikan kita dicintai Allah.

Pertolongan Allah itu pasti, cuma waktu dan cara-Nya berbeza daripada sangkaan kita.

Doa adalah cara kita memohon pertolonganNya.

Dengan berdoa, kita menguatkan iman dan takwa, menjadikan kita hamba yang lebih baik.

Allah SWT berfi rman dalam Ghafir Ayat 60 yang bermaksud, “Dan Tuhan kamu berfi rman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…’”

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan para hamba-Nya untuk beribadah, malah Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimakbulkan.

Doa adalah ibadah, apabila kita berdoa, kita sebenarnya sedang melakukan ibadah.

Alangkah pemurahnya Allah, meminta kepada-Nya pun dikira sebagai ibadah.

Kisah Nabi Zakaria AS ketika baginda berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan pewaris, walaupun baginda dan isterinya sudah lanjut usia, menunjukkan keimanan yang tinggi.

Baginda tidak berputus harapan dan terus berdoa dengan sabar sehingga doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Berdoa bukanlah jalan terakhir selepas berusaha bermati-matian, tetapi ia merupakan jalan pertama sebelum disusuli dengan usaha-usaha lain kerana kehebatan berdoa menjangkaui segala-galanya.

Apabila kita berdoa kepada Allah SWT, bermakna kita yakin dengan kekuasaan-Nya, kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Apabila doa dipanjatkan dengan sepenuh ketulusan hati, menjaga adab dan berdoa dengan penuh harapan serta yakin Allah akan mengabulkan segala permintaan hambanya, pastinya doa kita akan didengar oleh-Nya.

Yakinlah, apabila kita berdoa kepada Allah SWT, pasti akan berlaku keajaiban yang tidak disangka.

Sebelum berdoa, kita perlu yakin dan memperbaiki diri.

Ingatlah, setiap janji Allah itu pasti, jadi setiap yang diminta pasti dimakbulkan jika dilakukan dengan cara yang betul. Carilah waktu mustajab berdoa seperti hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, waktu sahur dan sepertiga malam.

Doa memberi kekuatan, harapan dan jalan keluar saat kita sesak kerana ia adalah suara hati dan luahan harapan yang tak terucap.

Begitulah pengisian yang disampaikan oleh Cikgu Saadiah Mohamad Ali kepada ahli IKRAM Wanita Sibu yang hadir Sabtu lalu.

Jangan putus asa.

Teruskan berdoa dengan yakin.

Doa adalah bukti keimanan kita kepada Allah SWT. Allah SWT pula tidak akan mensia-siakan hamba-Nya.

Perbanyakkan berdoa dan bersungguh-sungguhlah dalam berdoa.

Jadikan doa sebagai amalan harian untuk memperoleh reda dan rahmat Allah SWT. Semoga mencapai ketenangan, keberkatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU