ARTIKEL

Doakan kejayaan kami – Pandelela

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Doakan kejayaan kami dan selamat tiba”, itu antara perkongsian penerjun nombor satu negara Pandelela Rinong di laman sosialnya sebelum berangkat ke Tokyo, Jepun bersama 18 atlet lain, semalam.

Perkongsian tersebut mendapat respon dan komen positif daripada penyokong yang turut mendoakan kejayaan beliau dalam mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik, Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada 23 Julai ini.

Pemenang pingat emas dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA, Tokyo, pada Mei lalu berkongsi rasa terujanya untuk kembali ke negara matahari terbit dalam misi memburu pingat emas seterusnya di kejohanan Sukan Olimpik.

“Saya amat teruja terbang kembali ke Tokyo untuk misi seterusnya dalam kejohanan Sukan Olimpik.

“Doakan keselamatan dan kesihatan kami serta kejayaan semua atlet dalam memburu misi masing-masing,” katanya.

Sementara, seramai 18 orang atlet bersama 13 jurulatih telah berangkat ke Tokyo.

Antara yang berangkat menerusi penerbangan Japan Airlines pada jam 10.50 malam tadi termasuk atlet dari sukan renang, terjun, gimnastik, badminton dan memanah.

Kumpulan tersebut antara yang terbesar buat pasukan Malaysia yang berangkat ke Tokyo dalam meneruskan misi ke Sukan Olimpik 2020.

Kontinjen itu disertai oleh sembilan pegawai termasuk Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Naziffuddin Najib, Wong Choong Hann dan pegawai perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Selain itu, seramai 30 atlet kebangsaan dalam pelbagai sukan dengan badminton menjadi penyumbang terbesar dengan lapan atlet bertanding.

Keberangkatan para atlet turut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya