Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti memiliki perancangan mereka tersendiri, begitu juga dengan Fazura dan Fattah.
Pelakon, pengacara dan usahawan, Nur Fazura, 39, menjalani kehidupan bahagia bersama-sama suami yang juga pelakon, Fattah Amin, 32.
Perkahwinan mereka pada 27 November 2017 diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya.
“Dia sudah berusia 2 tahun setengah, tapi saya masih tidak percaya dia ‘my little mini-me’.
“Bagi yang bertanya bila nak ada anak kedua? Doakan rezeki bakal tiba.. mudahmudahan.. amin,” katanya.
Tambah pemilik tudung bawal dengan jenama Fazura ini, dia bersyukur diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga dan dia memilih hidup sederhana.
“Bersyukur jika sentiasa ada ketenangan dan kebahagiaan. Sederhana cara kami,” ujarnya.