ARTIKEL

Doakan yang terbaik untuk kami – Jackie Wong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: ” Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat,” kata atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, dalam status yang dimuat turun dalam laman sosial Facebooknya malam tadi.

Jackie kini dikuarantin di Hospital Sibu selepas disahkan positif Covid 19.

Menurut atlet yang berasal dari Sarikei itu, beliau kini menerima rawatan dan tahap kesihatannya dipantau.

“Kepada rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, saya sedang dikuarantin di Hospital Sibu bagi pemantauan dan rawatan yang selanjutnya. Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat,” katanya.

Dalam status itu, Jackie turut memberitahu perkembangan terkini ayahnya, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu Andrew juga sedang dikuaratin di Hospital Sibu akibat penyakit yang sama.

Ujar Jackie, keadaan bapanya lebih baik berbanding dengan hari-hari lepas.

“Saya juga ingin menegur di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita-berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai.
Teruskan doa anda untuk ayah saya dan ahli-ahli keluarga saya,” katanya.

Jackie merupakan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.

Beliau mengharumkan nama Malaysia apabila berjayabmemecahkan rekod kebangsaan sebanyak empat kali pada tahun lalu.

Pencapaian membanggakan itu diraihnya ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia.

Jackie membawa pulang pingat perak ketika di Sukan SEA Filipina 2019.

Dalam pada itu, ketika temasya yang sama di Kuala Lumpur, dia berjaya meraih emas.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha