ARTIKEL

Doktor Malaysia rangkul anugerah global berprestij untuk penyelidikan kanser

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Profesor Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya Dr Woo Yin Ling memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Yayasan Rose dalam kenyataan hari ini, Dr Woo telah mengkonseptualisasikan dan melaksanakan Program ROSE (Removing Obstacles to Servical ScrEening) iaitu program saringan serviks inovatif yang menggabungkan pensampelan kendiri HPV.

Program tersebut menawarkan pilihan untuk menggunakan ujian swab kendiri kepada wanita sebagai satu pendekatan yang cepat, tidak menyakitkan dan berkesan untuk membolehkan ujian PCR HPV dijalankan.

“Ujian diproses di makmal Yayasan ROSE sendiri yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan serviks berpusat menggunakan ujian HPV dan keputusan dihantar terus ke telefon bimbit wanita melalui SMS atau WhatsApp.

“Wanita yang didapati positif HPV kemudiannya disambungkan ke hospital tertier terdekat untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Sejak 2019, Program ROSE telah menyaring lebih 23,000 wanita di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada komuniti yang kurang berkemampuan dan kurang disaring.

Dr Woo dalam kenyataan sama berkata ia adalah penghormatan besar untuk Malaysia dan pengiktirafan tersebut adalah bukti bahawa rakyat Malaysia boleh menjayakan banyak perkara jika mereka bekerjasama.

“Program ROSE adalah kemuncak usaha kerjasama yang besar daripada ramai rakyat Malaysia yang percaya kepada visi Malaysia untuk bebas daripada kanser serviks,” katanya.

Program ROSE dilancarkan pada Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program tersebut adalah inisiatif Yayasan ROSE yang bermatlamat menjadikan Malaysia antara negara pertama di rantau ini yang bebas daripada kanser serviks, iaitu kanser kedua paling banyak dihidapi wanita di bawah umur 44 tahun, di negara
ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang

BERITA TERBARU

Abang Johari dan pesanan untuk rakyat

KETIKA Sarawak menyambut ulang tahun pemerintahan sendiri ke-61 Isnin lalu, wilayah ini sebenarnya sedang berada dalam kelasnya tersendiri. Sambutan yang diadakan di Bintulu itu amat

Rossa belum jumpa lelaki sesuai jadi suami

PENYANYI, Datuk Seri Rossa mengakui belum menjumpai lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya, biarpun sudah 15 tahun menjanda. Dalam temu bual portal berita, Rossa, 45,