CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Doktor wanita selamat, kereta terbabas ke dalam sungai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Mangsa berjaya keluar sendiri dari keretanya sebelum ketibaan pasukan bomba.

TANJUNG MANIS: Seorang doktor wanita berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Serdeng, di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa berjaya mengeluarkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Kereta yang dipandu seorang wanita terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di Jalan Serdeng, Tanjung Manis, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 10.45 pagi lalu menggerakkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita terbabas ke dalam sungai di tepi jalan.

“Mangsa berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dikatakan dalam perjalanan hendak ke Sibu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Rangkul 9 kejayaan

KUCHING: Junior Chamber International (JCI) Kuching memainkan peranan penting sebagai

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru