ARTIKEL

SEMAKIN MANTAP...Barisan pemain pasukan Dominator JR FT.

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai futsal.

Biarpun diklafikasi sebagai ‘underdog’ akan tetapi keupayaan menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada Karnival Futsal Milo Hidup Bola Zon Sarawak 2024 yang berlangsung di salah sebuah gelanggang terkemuka hujung minggu lalu.

Ia cukup jelas memperlihatkan bahawa barisan kendalian Wan Fadillah Saiyid Abdillah dianggap kredit yang juga permata dari Daerah Sebuyau.

“Kita boleh dikatakan masih baharu dalam kancah futsal dan jarang untuk meletak sasaran begitu tinggi kepada pemain.

“Namun, keupayaan mereka menempatkan diri dalam kelompok terbaik pada setiap kejohanan disertai sekali gus menganggapkannya sebagai satu kredit,” ujar Wan Fadillah kepada Arena Suara Sarawak.

Dengan kata lain, tegas Wan Fadillah tidak mustahil barisan pemain ini mampu menempah nama di pentas atau kejohanan lebih berprestij pada masa akan datang.

Untuk rekod Dominator JR FT pernah mencipta kecemerlangan menduduki tempat ke-3 bersama pada Karnival Futsal Piala Remaja Bawah 15 Tahun Edisi Hari guru anjuran V-FOSS FC bulan lepas.

Fokus mereka selepas ini cuba menempatkan diri di pentas final Karnival Futsal Piala Remaja Bawah 15 Tahun aura Sukma Sarawak yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Asajaya pada 30 Jun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU