ARTIKEL

Dorong perbelanjaan berhemat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISU langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) meniti di bibir rakyat Malaysia.

Umum berpendapat, ia berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik.

Apakah Kadar Dasar Semalaman? OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Secara khusus OPR merupakan satu kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh BNM yang digunakan untuk arah dasar kewangan.

Ia adalah sasaran kadar harian operasi kecairan BNM.

OPR memainkan dua peranan iaitu sebagai alat isyarat untuk mempamerkan teras dasar kewangan sebagai kadar sasaran operasi mudah tunai harian Bank Pusat.

Ia juga bertindak sebagai kadar rujukan utama dalam penentuan kadar faedah pasaran yang lain.

Secara jelas OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, BNM yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai bank berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank dan deposit serta pengeluaran wang yang dibuat pelanggannya.

Mungkin aplikasi OPR ini nampak macam muslihat pindah milik dan alir tunai biasa, tetapi keperluan pinjaman serta bayaran pinjaman tunai mengikut hari ini penting untuk sistem kewangan makro berfungsi dengan lancar.

Malah ia juga beri kesan kepada kadar faedah pinjaman.

Bank akan bergantung kepada pinjaman sebagai aktiviti perniagaan yang penting untuk tujuan keseimbangan akaun terutama kesediaan rizab tunai sebagai syarat asas penilaian nisbah dan kredit kecairan mengikut syarat ditetapkan BNM.

Kadangkala ia dipanggil Keperluan Rizab (Reserve Requirement) iaitu jumlah tunai yang sesebuah bank perlu ada pada satusatu masa.

Kadar faedah bank ditentukan OPR yang menentukan rangka kerja hala tuju kewangan negara untuk memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.

Langkah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan OPR 25 mata asas daripada 2.75 kepada 3.00 peratus memang dijangka sejak penghujung tahun lalu lagi.

Kenaikan tidak dapat dibendung itu ekoran langkah terbaru Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang berkemungkinan mengumumkan satu lagi kenaikan kadar faedah suku tahunan daripada 5.0 kepada 5.25 peratus.

Ia kenaikan tertinggi dan paling agresif sejak September 2007 menjadikannya peningkatan ke-10 berturutturut dalam usaha AS menampan inflasi walaupun ironinya kadar faedah hampir mencecah sifar setahun lalu.

Kenaikan kadar faedah ini mungkin turut diikuti zon Eropah dengan Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka menaikkan kadar faedah utamanya kepada 3.75 peratus untuk kali ke-7 berturut-turut.

Bank England juga dijangka menaikkan kadar faedah untuk kali ke-12 kepada 4.5 peratus, juga kenaikan berturut-turut.

Kenaikan kadar faedah ini meningkatkan kos peminjaman, menjadikan kedua-dua kos kredit dan pelaburan lebih mahal.

Namun, kenaikan ini dilihat sebagai wajar untuk memperlahankan ekonomi menggelembung.

Hampir semua negara bergelut dengan kenaikan harga meruncing walaupun masing-masing menghadapi isu inflasi berbeza.

Inflasi teras di United Kingdom (UK) dan zon Eropah mencecah 5.7 peratus pada Mac lalu, manakala di AS ia mencapai 5.6 peratus.

Diakui, kenaikan OPR mengundang kritikan orang ramai dan sebahagian ahli ekonomi dikatakan menjejaskan pinjaman dan pelaburan akibat kos semakin meningkat, tetapi hakikatnya kenaikan ini perlu untuk memperlahankan tekanan ekonomi terutama inflasi agresif.

Justeru, langkah BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus dilihat sebagai wajar dalam jangka pendek bagi mengurangkan tekanan harga dan inflasi.

Langkah kewangan ini lebih munasabah berbanding langkah fiskal yang akan meningkatkan kadar cukai dan mengundang kritikan rakyat.

Peningkatan mata asas OPR ini dijangka akan mengurangkan kuasa beli masyarakat dan kemampuan membuat kredit atau pinjaman.

Pegangan dan aliran tunai tinggi dalam ekonomi hanya menekan pasaran domestik, akhirnya menyebabkan kenaikan harga barangan di pasaran, seterusnya meningkatkan inflasi sememangnya tinggi.

Oleh itu, langkah BNM menaikkan OPR adalah diperlukan untuk mengawal aliran wang dalam pasaran bagi mengekang inflasi.

Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Fuad Mohamed Berawi mengatakan bahawa kesan langsung dan serta-merta OPR ini dijangka menjejaskan individu dan penggerak industri yang membuat kredit dengan mengambil kadar terapung.

Namun, mereka berhutang dengan mengambil kadar tetap tidak terjejas dari segi komitmen.

Di satu pihak lagi, kesan negatifnya pasti kepada peminjam baharu kerana terpaksa menanggung komitmen pada kadar faedah baharu lebih tinggi berbanding kadar lebih rendah sebelum ini.

Namun, semakin kurang kemampuan meminjam, semakin kurang aliran wang dalam pasaran dan semakin kuranglah kuasa beli.

Putaran ini diharap mampu menurunkan harga barangan dan mengekang inflasi kerana tekanan permintaan semakin kurang.

Bagaimanapun, kenaikan kadar OPR selanjutnya adalah berisiko kemelesetan dan dikhuatiri menjejaskan golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

Dari satu aspek lain, kerajaan juga dapat mengawal inflasi melalui dasar fiskal dengan meningkatkan kadar cukai agar rakyat kurang berbelanja dan meredakan halaju kitaran wang, namun pelaksanaan dasar pasti menjadi isu serta menghangatkan sentimen rakyat terbanyak terutama dalam bahang politik tempatan sentiasa berubah-ubah.

Sesungguhnya kenaikan OPR secara tidak langsung turut memaksa kerajaan untuk berbelanja dengan lebih baik dan berhemah.

Ini kerana kos untuk berhutang menjadi lebih tinggi dan membebankan.

BNM akan terus bekerjasama dengan kerajaan supaya bila kerajaan dapat mengawal dan meredakan inflasi, ia akan dapat mengurangkan tekanan kepada bank pusat untuk menaikkan OPR dalam tempoh akan datang.

BERITA LAIN

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Rumah terakhir di dunia

DALAM tempoh kurang setahun, saya dikejutkan dengan pemergian empat saudara terdekat. Ada yang “pergi” kerana disahkan tidak ada harapan dan ada yang mati mengejut. Kurang

TVET BUKAN PILIHAN TERAKHIR

MENGIMBAU zaman di bangku sekolah menengah pada belasan tahun dahulu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar yang

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan