SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Dos kedua vaksin pemberian Hari Kebangsaan untuk komuniti Penan di Long Liaw

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Walaupun cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan, namun anggota bomba bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Daerah Beluru tetap komited menjalankan tugas apabila hadir ke Long Liaw, Miri untuk memberikan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 kepada komuniti Penan di situ.

Menurut Pengarah Bomba Sarawak Khirudin Drahman, seramai empat krew helikopter bomba membawa lima petugas KKM dan dua kakitangan Pejabat Daerah Beluru berlepas dari Pangkalan Udara Miri pada jam 9 pagi semalam, untuk memastikan komuniti dari kawasan terpencil itu mendapat vaksin tepat pada waktunya.

“Kehadiran mereka adalah untuk memberi dos kedua vaksin Covid-19 kepada baki komuniti Penan yang belum menerimanya.

KENANGAN: Pasukan vaksinasi bersama komuniti Penan di Long Liaw merakamkan gambar selepas selesai proses vaksinasi.

“Kawasan (Long Liaw) agak terpencil, selepas helikopter mendarat di kawasan lapang, pasukan KKM dan bomba perlu menaiki bot untuk melaksanakan pemvaksinan di khemah sementara yang dibuat atas ihsan syarikat pembalakan.

“Helikopter tidak boleh mendarat berdekatan penempatan penduduk sebab rumah mereka tidak begitu selamat untuk pendaratan heli…ini adalah satu tugas yang mencabar,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Baca lain  Media arus perdana terus penting

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyifatkan pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan itu sebagai pemberian Hari Kebangsaan untuk komuniti di Long Liaw.

“Inilah cara petugas barisan hadapan kita meraikan Hari Kebangsaan di Sarawak, hanya melaksanakan tugas mereka untuk rakyat di seluruh Sarawak.

“Mereka menggunakan helikopter, bot dan berjalan kaki untuk memberikan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 kepada penduduk di Long Liaw,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu dalam catatan di Facebook.

Komuniti Penan di Long Liaw hadir untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Covod-19.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru