SIBU: Seramai 170 anggota polis di sini akan menerima dos kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Lanang secara berperingkat hingga Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, semalam seramai 75 anggotanya telah menerima dos kedua vaksin tersebut.
“Esok (Ahad) seramai 56 anggota polis akan diberi dos kedua vaksin Covid-19 diikuti 39 anggota pada Isnin yang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 170 orang,” katanya di sini, semalam.
Terdahulu, Stanley telah hadir untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Lanang.
Turut menerima suntikan dos kedua ialah Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mac 2021