ARTIKEL

Double M jadi juara pertandingan dart di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasukan Double M dari Bintulu dinobatkan juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM700, medal dan trofi bagi Kejohohanan Dart Beregu Terbuka Piala GPS Adun N57 Tellian yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Ahad lalu.

Manakala tempat kedua menjadi milik pasukan WSGP 3 dari Kampung Penat membawa pulang Hadiah wang tunai RM400, medal dan trofi, bagi tempat ketiga pula milik dua pasukan iaitu pasukan Puaka Darters 2 dari Kampung Judan dan Pasukan D’180.

Tempat keempat sehingga tempat kelapan keseluruhan menjadi milik pasukan BSTL, diikuti pasukan Wala, pasukan Lizard Killer 2, pasukan dan De’Garuk AA (Bintulu).

Manakala dari tempat kesembilan sehingga ke-16 menjadi milik pasukan MPV Victory (Bintulu), diikuti MPG DARTERS 1, seterusnya pasukan Lucky 7, pasukan Chicken Dinner (Bintulu), seterusnya Melanau Legacy (Miri), pasukan Agri Darters 2, pasukan 8092 (Sibu) dan seterusnya pasukan WSGP.

Pertandingan peringkat akhir tersebut turut disaksikan dan dirasmikan sendiri oleh Adun Tellian Yusibnosh Balo.

Menurut Pengurus Pengelola, Alexander Morshidi, sebanyak 60 pasukan telah turut serta dalam pertandingan tersebut yang terdiri dari Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana penyertaan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu hanya 48 pasukan sahaja.

“Turut tidak ketinggalan pertandingan ini turut disertai pasukan termuda (adik-beradik) dari Kelab Kelas Maju Darters iaitu Alvin dan Samueal yang masing-masing berumur 10 dan 12 tahun,” katanya kepada Suara Sarawak.

Diharapkan katanya juga melalui pertandingan sebegini dapat memupuk semangat kesukanan dan kemasyatakatan dalam kalangan belia untuk bersama sebagai sebuah komuniti.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU