ARTIKEL

Pemain Terengganu FC (TFC) Azam Azmi Murad (dua, kanan) cuba mendapatkan bola dari pemain Brunei DPMM FC Jordan David Murray pada saingan Piala FA di Stadium Sultam Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. | Bernama

DPMM FC bangkit singkir TFC, mara suku akhir Piala FA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: DPMM FC bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pertama untuk menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1, sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA musim ini dengan agregat 5-4.

Pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam tadi, DPMM FC yang tewas 2-3 pada perlawanan pertama, mempamerkan aksi lebih kemas untuk menamatkan cabaran skuad Penyu di laman sendiri.

Pasukan pelawat membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Danial Ahmad Asri yang menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad bimbingan Mohd Nafuzi Zain meningkatkan tekanan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16, namun percubaan Victor Ruiz melambung melepasi palang.

Sepuluh minit kemudian, TFC sekali lagi mengancam menerusi Romel Morales, tetapi tandukannya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol.

Pada minit ke-32, skuad kendalian Jamie McAllister hampir menggandakan kelebihan, namun rembatan Miguel Oliveira turut tersasar di sebelah kanan gawang.

Ketika babak pertama berbaki seminit, Manuel Ott akhirnya berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menceriakan hampir 2,000 penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad Penyu tidak bertahan lama apabila Oliveira kembali meletakkan DPMM FC di depan menerusi jaringan pada minit ke-54 sebelum Jordan Murray menambah gol ketiga 10 minit kemudian.

TFC berpeluang merapatkan kedudukan pada minit ke-80, namun percubaan pemain gantian Elvis Kasomba melambung tinggi melepasi palang.

Skuad Penyu terus menggandakan asakan pada penghujung permainan dan memperoleh dua lagi peluang, namun gagal dimanfaatkan sekali gus menyaksikan DPMM FC mempertahankan kelebihan 3-1 hingga wisel penamat.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i