NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Dr Beverlyn kongsi rahsia kejayaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BAU: Jangan mudah putus asa, yakin dengan diri sendiri serta terus bersemangat supaya dapat mencapai kejayaan suatu hari nanti.

Itulah kata semangat yang dipegang Dr Beverlyn Felix sehingga berjaya mencapai impian untuk menjadi doktor.

Semangat yang ada pada Dr Beverlyn dalam pendidikan sehingga berjaya menjadi doktor harus menjadi contoh generasi muda.

Anak kelahiran Kampung Suba Buan itu berjaya menamatkan pengajiannya di

Unimas dan kini bergelar doktor perubatan.

Katanya, kejayaannya itu juga hasil sokongan keluarga dan pemimpin berjiwa rakyat di kampungnya.

Menurut Dr Beverlyn, sokongan daripada Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep melalui Tabung John Jinep membantu meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.

“Tanpa bantuan itu, saya tidak mungkin mampu untuk meraihkan gelaran doktor sekarang.

Saya bukan daripada keluarga yang senang.

“Jika pada masa itu tiada sokongan Datuk Henry dan yang lain, mungkin saya tidak mampu mencapai impian seperti hari ini.

“Pesanan saya kepada generasi muda agar jangan malu mendapatkan bantuan daripada insan berhati mulia yang mahu membantu terutamanya pemimpin tempatan.

Baca lain  Ibu Pejabat Polis Daerah Betong nafi kejadian penyamun bawa kepala kanak-kanak

“Pendidikan merupakan kunci kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Saya berharap kejayaan ini menjadi contoh kepada anak muda lain yang masih di bangku sekolah,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Beverlyn antara sebab awal penubuhan Yayasan John Jinep dan beliau sendiri pernah menjadi penerima bantuan yayasan itu.

Bantuan itu digunakan dengan baik terutama sekali bagi tahun pertama pengajian sebelum menerima bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Selepas tujuh tahun, Dr Beverlyn bertemu semula dengan Datuk Henry dalam salah satu program yang diadakan di Kampung Suba Buan sebagai pelajar yang pernah dibantunya.

Kenyataan yang dikongsikan dalam Facebook Datuk Henry Jinep itu perlu menjadi semangat dan contoh kepada generasi muda agar tidak mudah berputus asa mendapatkan ilmu.

PERJALANAN PERTAMA… Kenangan Beverlyn dan ibunya bersama-sama Henry sebelum melangkah ke menara gading.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru