Trending

DR.CHA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Siri drama Korea DR. Cha mengisahkan doktor pelatih iaitu Dr. Cha Jung Suk (Uhm Jung Hwa) yang membuat keputusan berhenti daripada kerjayanya sebagai doktor dan fokus menjadi suri rumah sepenuh masa.

Namun, selepas 20 tahun menjadi suri rumah, Jung Suk jatuh sakit dan memerlukan pembedahan hati.

Pada awalnya, suami Jung Suk ingin mendermakan hati untuknya.

Jung Suk sedar tentang perangai sebenar ibu mentuanya yang melarang suaminya itu mendermakan hati.

Setelah mendapat penderma lain dan sembuh, dia membuat keputusan menghabiskan harta suaminya.

Ini kerana, selepas beberapa tahun pengorbanan dilakukan untuk keluarga, dia berasa tidak dihargai.

Jung Suk kemudian mengambil keputusan menjadi doktor semula, tetapi mendapat halangan daripada suaminya mengatakan bahawa Jung Suk tidak mampu berjaya dan usianya sudah lanjut.

Setelah keputusan tersebut dibuat, kemelut hubungan rumah tangga Jung Suk bermula, dia menjangkakan krisis tersebut disebabkan perasan cinta yang semakin pudar seiring usia perkahwinan menjangkau 20 tahun, tetapi ia disebabkan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan kekasih lama.

Sementara itu, pakar bedah Seo In Ho membantah keputusan Jung Suk untuk bekerja semula di hospital yang sama dengan tempat dia bekerja, tetapi akur setelah Jung Suk berjaya ketika sesi temu duga.

Perkara tidak disangka apabila Jung Suk ditempatkan bersama-sama anaknya, Jung Min yang merupakan doktor pelatih.

Dia kemudian meminta Seo In Ho merahsiakan hubungan mereka di tempat kerja. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru