Pesara tentera yang digelar ‘Dr Ganja’ terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam meminda 16 pertuduhan mengedar ganja seberat 77.48493 kilogram dan 14.647 liter kepada memiliki dadah.
Tertuduh, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 64, juga menghadapi 18 pertuduhan menanam pokok ganja, empat pertuduhan memiliki ganja dan satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Hakim Julia Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara berjumlah sembilan tahun terhadap 39 pertuduhan itu yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang, pada 12.30 tengah hari, 26 Mei 2017.