ARTIKEL

Dr Rayong ketika ditemui sempena pembukaan Persidangan DUN Sarawak ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, pagi tadi.

Dr Johnical Rayong optimis permohonan bagi pembangunan kawasan didengari dan ditunaikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa optimis permohonannya untuk pembangunan kawasan akan didengari dan ditunaikan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Katanya, ia memandangkan kedudukannya sekarang yang berada di pihak kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Harapan saya memang tinggi kerana kedudukan saya sekarang dalam kerajaan sekali gus menjadi platform bagi saya untuk berhubung terus dengan pihak atasan, khususnya menteri-menteri termasuk Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena pembukaan Persidangan DUN Sarawak ke-19 di Kompleks DUN Sarawak pagi tadi, yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Justeru, Rayong menyifatkan peluangnya untuk mendapatkan kemudahan yang diperlukan bagi kawasannya sebagai amat cerah.

“Apabila kita dalam kerajaan, memang suara kita akan didengari oleh kerajaan berbanding apabila kita di luar kerajaan, mungkin suara didengari tetapi belum tentu mereka dapat tunaikan permohonan kita.

Baca lain  Peguam Negara telah diminta gubal Rang Undang-undang Anti Lompat Parti

“Jadi sekarang saya dalam kerajaan, sudah pasti kerajaan akan mendengar suara saya kerana kita berjuang bersama-sama untuk membangunkan Sarawak dan rakyat,” katanya.

Menurut Rayong, antara permohonan serta perkara yang akan disuarakannya dalam persidangan DUN kali ini adalah dalam aspek pembangunan, termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Rayong bersama-sama dengan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh, dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian kini dipindahkan tempat duduk dari blok pembangkang ke blok kerajaan dalam DUN, susulan penyertaan mereka dalam Parti Demokratik Progresif (PDP).

Ia selepas mereka bertindak membubarkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi menyertai PDP yang merupakan parti komponen GPS.

Penyertaan dalam PDP itu turut menyaksikan Wong, yang merupakan bekas Presiden PSB, dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP, manakala Rayong selaku bekas Timbalan Presiden PSB, dan bekas Setiausaha Agung PSB, Baru Bian, masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden PDP.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan