ARTIKEL

Dr Matnor, tokoh berjasa dalam dunia pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dr Azhar Ahmad menyifatkan Allahyarham Datuk Dr Nor Daim @ Matnor Daim sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam dunia pendidikan.

“Beliau menyandang banyak jawatan sebelum ini termasuk sebagai seorang guru, pensyarah, Pengarah Maktab Perguruan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Selain, sebagai Pengarah Bahagian Sekolah KPM, Timblan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebelum mencapai kemuncak kerjaya sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 1997,” dedahnya ketika ditemu bual Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, anak kelahiran Sibu itu berjaya menyumbang dari aspek pendidikan, bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada tahun 1997 dengan fokus sentiasa memberi penekanan dalam bidang pendidikan demi pelapis negara.

Malah, menggunakan Modul Simulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seawal tahun 1974, menonjolkan pemikiran kreatif dan lateral beliau.

Selain, turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2011 sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40.

Matnor pernah meninggalkan pesan kepada para pendidik bahawa para guru pasti dapat menempuh segala cabaran dalam menjalankan tugas hakiki apabila mempunyai semangat dan motivasi yang teguh untuk mendidik.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau