Trending

Dr Rashidah Bolhassan dilantik sebagai Setiausaha Tetap baharu KWKPK

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dr Rashidah Bolhassan dilantik sebagai Setiausaha Tetap baharu Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak menggantikan Dr. Sa’adiah Abdul Samat.
Serah terima tugas antara Rashidah dan Sa’adiah telah diadakan pada Isnin lalu, dengan disaksikan Menteri Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Menurut Fatimah, Rashidah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, dengan kelulusan Falsafah Kedoktoran dalam bidang sistem maklumat dari Victoria Business School, Victoria University of Wellington, New Zealand.
Beliau juga pemegang Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti of Ohio, Amerika Syarikat, Sarjana sains perpustakaan dari Syracuse University, Syracuse New York, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Pengurusan Perpustakaan dari UiTM.
”Beliau memulakan kerjaya pada 1986 di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri sejak 2003 hingga 31 Disember 2020.
“Rashidah juga berminat dengan pembangunan wanita dan seni. Beliau merupakan ahli Majlis Wanita Sarawak sejak 2017 hingga kini,” katanya pada sidang media sempena serah terima tugas Setiausaha Tetap baharu KWKPK di Bangunan Baitulmakmur 2, hari ini.
Beliau turut percaya Rashidah merupakan individu yang tepat untuk mengisi jawatan tersebut kerana mempunyai kelayakan akademik yang mengkagumkan, rekod kerja dan pencapaian yang baik, minat dalam pembangunan wanita dan seni, minat khusus dalam isu warga emas dan keperihatinan usia.
Dalam pada itu, Fatimah mewakili kementerian menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Sa’adiah yang telah memimpin kementerian sejak 31 Mac 2017 hingga 19 November 2020.
“Sepanjang perkhidmatannya, Sa’adiah telah membantu memimpin dengan jayanya pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu seperti Kad Emas Kenyalang (KGC), Endowment Fund Scheme (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang, Geran Tahunan Khas dan pelbagai lagi,” ujarnya.
Turut hadir, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru