ARTIKEL

Dr Sim membuat kunjungan TBC di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Hui Kian dan isteri Datin Enn Ong Siok Ean mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman beberapa pemimpin masyarakat Cina, ahli perniagaan dan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, malam tadi.

Dr Sim bersama-sama isteri dan William Ting menggaul Yee Sang semasa kunjungan TBC di kediaman ahli korporat tersebut.
Dr Sim dan rombongan merakamkan gambar bersama-sama keluarga Datuk William Ting.

Antara kediaman yang dikunjungi beliau ialah Presiden Tetap Kehormat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu merangkap pengerusi dan pengarah urusan Dayabumi Sdn. Bhd, Datuk William Ting Choon Hua di Chin Lee Garden.

Kunjungan TBC Dr Sim di kediaman Datuk Wong Aik Loung di Taman Bintulu.
Dr Sim dan isteri bersama-sama Yek, Pang dan Nyurak memotong kek semasa kunjungan TBC di kediaman Yek di Taman Hock Lee.

Disusuli kediaman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Destiny, Patrick Lau Hieng Ung di Sanctuary Villa dan Setiausaha Kehormat Gabungan Persatuan Cina Malaysia, Datuk Wong Aik Loung di Taman Bintulu, Jalan Tanjung Batu.

Yek menyampaikan cenderahati kepada Dr Sim.
Dr Sim bersama-sama Wong, Pang, Nyurak menggaul Yee Sang semasa kunjungan TBC ke kediaman Setiausaha Kehormat Gabungan Persatuan Cina Malaysia di Taman Bintulu.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan isteri kemudiannya meneruskan kunjungan TBC ke kediaman penasihat SUPP Cawangan Bintulu yang juga pengerusi Persatuan Sarang Burung Walit Bahagian Bintulu, Datuk Ting Ching Lee di Tanjung Batu.

Dr Sim dan rombongan merakamkan hadapan semasa TBC di kediaman Datuk Ting Ching Lee.

Diikuti kediaman presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu, Yek Siew Liong di Taman Hock Lee.

Mengiringi beliau semasa kunjungan TBC, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming yang juga pengerusi SUPP Cawangan Bintulu, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti serta pegawai- pegawai kanan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit