ARTIKEL

Dr Rundi (duduk dua kiri) bersama timbalan dan pegawai kementeriannya di sidang media selepas ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini. - Foto: Mohd Alif Noni

Draf cadangan bagi Ordinan Perikanan Negeri elak pertindihan kuasa kini pada peringkat akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerangka draf cadangan untuk menggubal Ordinan Perikanan Negeri 2003 bagi mengelakkan pertindihan kuasa antara agensi terlibat dalam bidang perikanan kini sedang pada peringkat akhir.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, libat urus dengan agensi berkaitan juga akan diadakan untuk menyelaras ordinan yang digubal dengan akta serta ordinan sedia ada.

“Memandangkan peranan dan fungsi agensi penting mempunyai bidang kuasa yang sama, ia telah menyebabkan kewujudan pertindihan kuasa.

“Disebabkan itu, ia perlu dijelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang,” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, petang tadi.

Menurut Dr Rundi, cadangan itu merupakan usaha dijalankan oleh kementeriannya melalui Jabatan Pertanian Sarawak dengan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

Pada masa sama, katanya, kementeriannya juga sedang menyediakan kertas untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak.

Sementara itu, kata Dr Rundi, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Kerajaan Persekutuan telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan kelulusan bertulis dan lesen laut dalam kepada kapal C2.

“Ini bagi membolehkan mereka beroperasi dalam zon C2 dan hingga kini, sebanyak 10 kelulusan bertulis telah diberikan kepada tiga syarikat tempatan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu