Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Draf RUU Ahli Parlimen tukar parti dimuktamad dibentang, dibahaskan di Parlimen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUCHING: Draf Rang Undang-Undang Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 telah dimuktamadkan untuk dibentang serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia setelah perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 Dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bilangan 6 Tahun 2022.

“Dalam hal ini, lima persoalan dasar telah dibangkitkan jemaah menteri semasa mesyuarat pada 1 Jun 2022 dan telah diulas dan dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam mesyuarat semalam (7 Jun).

“Maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara ini akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat jemaah menteri akan datang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

Selain itu, Wan Junaidi berkata Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan juga secara sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk diadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai 2022.

Baca lain  Penerbangan 1,561 penumpang dibatal di Lapangan Terbang Sibu

Menurutnya secara umum, Jawatankuasa Pilihan Khas itu telah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April 2022.

“Pencapaian ini merupakan hasil komitmen bersama oleh semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru