Trending

Dua atlet e-sukan MLBB Sarawak turun beraksi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua atlet muda dari Program Pembangunan Esports MLBB Sarawak akan beraksi di Pusingan Kelayakan Liga Profesional MLBB Rantau Timur Tengah Afrika Utara 2023.

Atlet terbabit ialah Nizman Abdullah, 19 dan Mohamad Fadhirul Izzat Pilen, 18. Kedua-dua mereka beraksi untuk pasukan GX yang berpangkalan di Jedah serta pernah bersaing dalam Kejohanan Dunia M Siries MLBB M3 2022.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) Afiq Fadhli Narawi memberitahu, keberangkatan kedua-dua atlet terbabit diiringi jurulatih, Hifadhi Fatha Sarbini.

Menurut Afiq, pusingan kelayakan terbabit akan bermula dari 15 hingga 18 Ogos ini dan akan mengharungi liga sebenar untuk tempoh dua bulan seandainya berjaya melepasi pusingan kelayakan.

“Syabas dan tahniah kepada kedua-dua atlet muda kita (Sarawak) yang akan beraksi di kejohanan kompetitif.

“Saya percaya penampilan di pentas profesional ini secara tidak langsung akan dapat memberi satu pendedahan kepada kedua-dua mereka bersaing dengan atlet negara lain yang berpengalaman,” tegas Afiq.

Katanya, pada masa sama mereka dapat memperbaiki permainan masing-masing.

Sekali gus, mengangkat kredibiliti sukan e-sukan Sarawak ke tahap yang lebih membanggakan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru