ARTIKEL

Dua beradik rugi RM658,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Dua beradik kerugian RM658,000 selepas diperdaya sindiket ‘Phone Scam’ yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata mangsa pertama ialah seorang wanita berusia 56 tahun yang bertugas sebagai guru manakala kakaknya, 62, seorang pesara swasta.

Beliau berkata kejadian bermula pada 28 Feb lepas selepas masing-masing menerima panggilan telefon daripada pihak sindiket yang mendakwa maklumat diri mereka telah disalah guna untuk aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

Menurut Abdul Rahim suspek kemudian menawarkan pertolongan kepada mangsa dengan mengarahkan supaya masing-masing membuka satu akaun bank lain untuk memudahkan urusan pindahan wang.

“Dengan menggunakan alasan untuk membantu, suspek meminta mangsa masing-masing membuka akaun bank lain dan memberikan maklumat tersebut kepada pihak sindiket.

“Mangsa yang ketakutan dan bimbang berdepan tindakan undang-undang hanya menurut arahan tersebut tanpa berfikir panjang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Rahim berkata sindiket tersebut kemudian mengarahkan kedua-duanya memindahkan wang simpanan mereka ke dalam akaun baharu dan mereka dilarang daripada menggunakan akaun berkenaan sehingga kes pengubahan wang haram dan dadah itu diselesaikan.

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membaca satu artikel berkaitan ‘Phone Scam’ dalam sebuah akhbar dan terus membuat semakan ke atas akaun baharu berkenaan.

“Seorang daripada mangsa mendapati wang hasil simpanan dalam akaun tersebut telah berkurang sebanyak RM500,000 manakala seorang lagi sebanyak RM158,000. Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu semalam,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta supaya lebih berwaspada dengan taktik penipuan jenayah yang sangat licik pada masa ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP