ARTIKEL

Dua beradik, seorang rakan didenda RM2,500 rosakkan wayar kabel TM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua beradik dan seorang rakan mereka masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana sengaja merosakkan wayar kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Roy Davidson Midir, 26, Ismail Midir, 35, dan Augustine Mindel, 39, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, kerana sengaja merosakkan wayar kabel di hadapan sebuah kedai pembekal cenderahati, Jalan Tabuan, sekitar jam 10.30 pagi, 31 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan melakukan khianat memotong atau mencederakan mana-mana kabel telegraf elektrik, wayar, tiang talian, instrumen atau radar untuk memberi isyarat.

Mason Jaro memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pihak polis sedang membuat rondaan keselamatan di sekitar kawasan terbabit ternampak kelibat tiga orang lelaki yang mencurigakan sedang memotong dan membawa wayar kabel milik TM.

Kemudian, pihak polis menghampiri mereka lalu membuat pemeriksaan ke atas dua buah kereta yang digunakan sekali gus menahan kesemua tertuduh.

Dalam tangkapan terbabit, barang-barang milik mereka turut dirampas seperti gergaji, tukul besi, parang, pisau pemotong daging, wayar kabel TM, dua buah kon jalan, jaket keselamatan dan dua buah kenderaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala ketiga-tiga lelaki itu tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San