Trending

Dua beranak terkorban dalam serangan Rusia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KYIV: Seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun terbunuh selepas peluru berpandu Rusia mengenai sebuah rumah di bandar Zaporizhzhia, tenggara Ukraine, kata pegawai pada Ahad.

Ia adalah serangan terbaharu Rusia ke atas infrastruktur awam di Ukraine ketika pencerobohan Moscow menjangkau tahun kedua.

“Musuh melakukan serangan peluru berpandu ke atas Zaporizhzhia dan membunuh satu lagi keluarga Ukraine,” kata ketua Perkhidmatan Kecemasan Negara, Sergiy Kruk, di media sosial.

Remaja perempuan itu meninggal dunia dalam ambulans, kata Ketua Majlis Bandaraya Zaporizhzhia, Anatoliy Kurtiev.

Petugas berjaya menyelamatkan ibu remaja yang berusia 46 tahun itu dari bawah runtuhan.

Anak sulung keluarga berkenaan tiada di rumah ketika tentera Rusia menyerang pada waktu malam, kata Perkhidmatan Kecemasan Negeri.

Menurut Kurtiev, dua peluru berpandu Rusia mendarat di bangunan kediaman, merosakkan tingkap dan bumbung rumah.

Wilayah Zaporizhzhia merupakan salah satu daripada empat wilayah Ukraine yang didakwa oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai sebahagian daripada wilayahnya pada tahun lalu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru