ARTIKEL

Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei. | BERNAMA

Dua beregu campuran negara mara ke separuh akhir Terbuka China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara berhasil menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2023, selepas menumpaskan lawan masing-masing di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou, semalam.

Pada aksi suku akhir hari ini, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagaimanapun terpaksa berhempas pulas selama 55 minit sebelum berjaya menumpaskan pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin, 21-15, 13-21 dan 21-16. 

Juara Terbuka Taiwan 2023 itu akan membuat perhitungan bersama pilihan kelapan kejohanan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis, hari ini.

Turut mengiringi mereka ialah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang melakar kejutan menewaskan pilihan keempat kejohanan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand menerusi perlawanan straight set 21-18 dan 21-19. 

Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-23 dunia akan bertemu pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae- Chae Yu Jung, yang juga pilihan kelima kejohanan pada pusingan separuh akhir hari ini.

Sementara itu, juara beregu lelaki dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan bangkit daripada ketinggalan menundukkan rakan senegara dan juga gandingan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 19-21, 21-19, 21-11.

Esok, Aaron-Wooi Yik, selaku pilihan keempat kejohanan, berpeluang membalas dendam kekalahan 21-23, 13-21, di tangan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen bulan lepas, sekiranya juara dunia baharu itu menyingkirkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam satu lagi aksi suku akhir semalam. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU