Dua buah kereta terbakar di Viva City

KUCHING: Dua buah kereta terbakar di tingkat empat bangunan Viva City Mall pada jam 2.11 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, dua buah kereta iaitu sebuah Proton Persona dan Perodua Myvi terbakar dalam kejadian tersebut.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran.

“Tiada mangsa dan kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.

“Anggota bomba telah berjaya memadam kebakaran pada jam 3.16 petang tadi,” katanya.